Wales terlalu selesa, sambil lewa -- Coleman

Oleh Staff Writer 10 Oktober 2016 0
Wales terlalu selesa, sambil lewa -- Coleman

Pengendali Wales, Chris Coleman, mengakui pasukannya bermain dengan sambil lewa apabila sekali lagi kerugian mata selepas terikat 1-1 berdepan Georgia di laman sendiri dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018.

Sejak menewaskan Moldova sebelum diikat seri 2-2 berdepan Austria, Wales dijangka mengutip tiga mata penuh selepas Gareth Bale meledak gol buat pasukan tuan rumah di Cardiff.

Bagaimanapun, tandukan Tornike Okriashvili berjaya menyamakan kedudukan dan senario itu membuatkan Coleman kecewa.

"Ramai yang melihat kami kerugian dua mata tetapi pada saya, kami hampir menamatkan perlawanan dengan kutipan tiga mata," katanya.

"Kami bermula dengan cemerlang tetapi selepas itu pemain berada di dalam zon selesa dan mula leka sehingga kami dihukum.

"Kami kecewa. Dua perlawanan dalam tempoh empat hari bukan sesuatu yang mudah tetapi itulah yang berlaku, jadi kami perlu meneruskan perjuangan.

"Selepas berjaya membuka tirai jaringan, kami gagal meneruskan momentum. Kami hampir dihukum dengan gol kedua pihak lawan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen