Wagner hampir kembali ke pangkuan Bayern

Oleh Penulis Jemputan 8 Disember 2017 779
 Wagner hampir kembali ke pangkuan Bayern
Jurulatih Hoffenheim, Julian Nagelsmann, menjangkakan perjanjian Sandro Wagner untuk kembali ke Bayern Munich akan disempurnakan "dalam tempoh seminggu dua".

Wagner dikaitkan dengan perpindahan semula ke Bayern yang ditinggalkannya pada 2008 biarpun sebelum ini, gergasi Bundesliga itu tidak bersedia untuk memenuhi harga pemain antarabangsa Jerman itu.

Bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun itu mahu menyertai bekas rakan sepasukannya di Hoffenheim, Niklas Sule dan Sebastian Rudy, memandangkan juara Bundesliga itu adalah calon sokongan kepada Robert Lewandowski.

"Kami tidak perlu berbohong, saya menjangkakan ia akan berlaku dalam seminggu dua lagi," kata Nagelsmann selepas Hoffenheim seri 1-1  ketika menentang Ludogorets dalam aksi liga, awal pagi tadi. 

Wagner menikmati musim cemerlang musim lalu dengan meledak gol 11 Bundesliga untuk membawa Hoffenheim ke Liga Juara-Juara (UCL).

Bekas tonggak Darmstadt itu, yang merupakan sebahagian kejayaan skuad Piala Konfederasi Jerman, telah merakamkan lima gol dalam semua pertandingan musim ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen