Vidal minat kembangkan karier di Roma 

Oleh Penulis Jemputan 29 Disember 2017 690
Vidal minat kembangkan karier di Roma 
Pertahanan Barcelona, Aleix Vidal, mengalu-alukan tawaran daripada Roma, menurut ejennya.

Vidal menyempurnakan gol kemenangan Barca ketika membelasah Real Madrid 3-0 pada hujung minggu lalu tetapi bek kiri itu hanya memulakan tiga perlawanan LaLiga di bawah asuhan Ernesto Valverde musim ini.

Pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan berada dalam radar Roma dan wakilnya, Ruggero Lacerenza, sedia mengadakan pertemuan dengan bekas Pengarah Sevilla, Monchi, di Stadio Olimpico.

"Memang benar wujud minat daripada Roma," kata Lacerenza kepada Tele Radio Stereo.

"Aleix adalah pemain yang bernilai tinggi dan adalah bagus untuk bertemu dengan Monchi yang melaksanakan tugas dengan baik di Seville dan kami mempunyai hubungan peribadi yang baik."

Vidal juga dikaitkan ke Atletico Madrid dan Lacerenza menambah: "Aleix seronok bermain di Sepanyol, namun itu tidak bermakna dia tidak suka mencuba liga atau kelab di luar. 

"Yang penting, kedua-dua kelab itu bersetuju dengan syarat tetapi bagi kami, perjanjian pinjaman mungkin penyelesaiannya."

 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen