Arturo Vidal berkata Barcelona perlu membuat rombakan besar kerana mengabaikan 'DNA' mereka di celah-celah krisis kelab itu yang menyaksikan Lionel Messi mungkin angkat kaki.

Ketua pasukan itu telah memohon untuk berpindah dan khidmatnya menjadi idaman Pep Guardiola di Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sementara Paris Saint-Germain (PSG) , Inter dan Juventus turut dikaitkan.

Ia berlaku selepas Barca dinafikan kejuaraan Laliga oleh Real Madrid dan dimalukan Bayern Munich 2-8 di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) 2019-20, yang menyaksikan Ronald Koeman dilantik bagi menggantikan Quique Setien -- yang diamanahkan tanggungjawab itu Januari lalu.

Justeru, Vidal menyeru semua pihak supaya mengubah corak pemikiran mereka tatkala tekanan terhadap Presiden, Josep Maria Bartomeu, semakin memuncak.

?? @fcbarcelona ?????@championsleague ??????

A post shared by Arturo Vidal (@kingarturo23oficial) on


"Barcelona telah menerapkan langkah yang tidak sesuai di pihak pengurusan," kata pemain tengah Barca itu dalam wawancara dengan Daniel Habif melalui Youtube.

"Pada akhirnya, kami hanya menyedari perkara ini apabila menghadapi pasukan yang teratur, memiliki mentaliti untuk menang, fizikal pemainnya sudah bersedia dan mereka mempunyai perancangan permainan yang sangat mantap.

"Ia menjerat kami ketika fikir kami dalam keadaan lemah dan kurang bermaya -- itulah yang terjadi pada kami. Pertama sekali, Barcelona harus mengubah cara mereka berfikir kerana bola sepak telah banyak berkembang.

"DNA telah diabaikan manakala pasukan lain bertambah baik dalam aspek berbeza. Pada masa ini, bola sepak lebih fizikal, menjurus kepada kekuatan dan kepantasan manakala kemampuan teknikal kadang-kadang menjadi soal kedua. Barcelona harus mengubah banyak perkara.

"Sebuah kelab, yang saya rasa adalah yang terbaik di dunia, tidak boleh hanya bergantung kepada13 pemain profesional manakala selebihnya pemain muda.

"Bukan kerana mereka tidak layak untuk berada di sana, tetapi mereka harus bersaing dengan yang terbaik dan dengan siapa yang layak beraksi.

"Setiap kelab mempunyai seramai 23 pemain yang bersaing untuk mendapatkan tempat, ia akan bertambah setiap hari. Tetapi apabila mereka tidak mencapai kemajuan dan hanya memikirkan bahawa anda mampu menjadi unggul bersandarkan DNA anda semata-mata, pada saat itulah anda tersilap."

"Ada ramai pemain yang bagus. Kami mempunyai Messi, yang merupakan orang nombor satu dan makhluk asing, tetapi dia memerlukan bantuan," tambahnya.

"Dia memerlukan pemain yang boleh meningkatkan pasukan dan mencipta keputuan yang lebih baik."

Vidal juga berdepan masa depan yang tidak menentu di Camp Nou jauh dan dikaitkan dengan juara Serie A, Juve dan bergabung semula dengan Antonio Conte di Inter.