Marco Verratti berharap pengendali Paris Saint-Germain (UCL), Unai Emery, kekal bersama kelab selepas kemenangan 3-1 ke atas Lille membantu untuk mengusir khabar angin mengenai pemecatannya.

Dikejutkan oleh Strasbourg dalam saingan Ligue 1, PSG tewas 3-1 kepada Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) -- kekalahan pertamanya dalam dua kejohanan tersebut.

Di sebalik PSG masih lagi menjuarai Kumpulan B, UCL dan mendahului saingan domestik Perancis dengan kelebihan enam mata, timbul laporan yang mencadangkan Emery bakal digantikan dengan rakan senegaranya dan bekas pengendali Barcelona, Luis Enrique.

Tetapi pemain kebangsaan Itali, Verratti, memberikan sokongan kepada Emery dan percaya kehadirannya mampu melahirkan kejayaan yang besar untuk pasukan.

"Beliau telah melakukan tugas dengan baik bersama PSG," kata Verratti.

"Ketika Emery menyertai kami, kami melalui saat sukar kerana ramai pemain yang berkualiti telah berhijrah.

"Sukar untuk beliau menangani kami tetapi PSG sudah mula kembali beraksi cemerlang.

"Beliau adalah jurulatih yang hebat dan kami mempercayai beliau," katanya.

Angel Di Maria, Javier Pastore dan Kylian Mbappe mencetak gol buat PSG di Parc des Princes sementara gol Lille hadir menerusi Anwar El-Ghazi.