Vermaelen tambah sengsara Barcelona

Oleh Penulis Jemputan 16 Oktober 2018 810
Vermaelen tambah sengsara Barcelona
Barcelona mengesahkan pertahanan, Thomas Vermaelen, bakal direhatkan selama enam minggu ekoran kecederaan hamstring.

Pertahanan tengah itu mengalami kecederaan otot kaki kanan dan bakal diketepikan hingga penghujung bulan depan.

Perkhabaran tersebut bagaikan bencana buat Barca yang tanpa kelibat Samuel Umtiti sehingga tahun baru kerana kecederaan lutut.

Vermaelen hanya tampil beraksi tiga kali musim ini dan dua daripadanya ketika ketiadaan Umtiti.

Pemain berusia 32 tahun itu bakal terlepas tujuh perlawanan, termasuk aksi LaLiga berdepan Real Madrid dan Atletico Madrid.

Barca akan menerima kunjungan Sevilla, Sabtu ini, dan Inter dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), Rabu depan.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen