Pengendali Itali, Giampiero Ventura, memuji kebangkitan anak buahnya untuk mengikat Sepanyol 1-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018.

Daniele De Rossi menyamakan kedudukan pada minit ke-82 selepas ketinggalan menerusi kesilapan Gianluiigi Buffon yang membuka ruang buat Vitolo meledak gol pertama perlawanan di Turin.

"Satu keputusan yang baik buat kami jika mengambil kira kami turun tanpa beberapa tonggak utama," katanya ketika sesi sidang media.

"Pemain kembali bangkit. Sepanyol dianggap sebagai pilihan utama kumpulan ini, namun perlawanan ini memberi penjagaran kepada kami.

"Kami mampu melakukan lebih baik, kami mampu beraksi di peringkat tertinggi."

Sepanyol mendominasi perlawanan, namun sebaik Vitolo meledak gol pertama, Itali mula mempamer kebangkitan.

"Setiap kali kami memenangi bola, kami akan kehilangannya semula beberapa saat kemudian. Kami sepatutnya mempamer karektor lebih positif.

"Mereka mungkin menguasai permainan tetapi kamu semua dapat melihat bagaimana cara mereka menjaringkan gol dan saya tidak ingat jika Buffon betul-betul dicabar."