SWEDEN 1 ITALI 0

Ketua jurulatih Itali, Gian Piero Ventura, berasakan kekalahan 1-0 dalam aksi play-off Piala Dunia kepada Sweden merupakan "keputusan yang salah".


The Azzurri berdepan kegagalan untuk melayakkan diri ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 60 tahun lalu -- situasi yang memaksa mereka menghasilkan persembahan terbaik dalam aksi timbal balik di San Siro.

Ventura menggunakan formasi 3-5-2 yang kerap digunakan oleh Antonio Conte dalam pertemuan yang berlangsung di Friends Arena tetapi mereka gagal mencari ramuan terbaik untuk menembusi pertahanan Sweden, yang meraih kemenangan menerusi jaringan pemain gantian, Jakob Johansson, pada minit ke-61.

Matteo Darmian hampir menyamakan kedudukan, namun percubaannya sekadar menggegar palang gol lawan, memaksa Ventura untuk menerima kekalahan yang dianggap sebagai satu keputusan yang salah.

"Gianluigi Buffon tidak diberikan sebarang tentangan sepanjang perlawanan, kami menghasilkan peluang dan mengegarkan palang gol," kata Ventura.

"Ini merupakan satu keputusan yang salah. Saya berharap persembahan kami akan bertambah baik di San Siro.