Vela tewaskan Ibrahimovic dalam perebutan MVP MLS

Oleh Staff Writer 5 November 2019 537
Vela tewaskan Ibrahimovic dalam perebutan MVP MLS
Carlos Vela dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) selepas menamatkan musim bersejarah bersama Los Angeles FC.

Vela menerima 69 peratus undian untuk menewaskan bintang LA Galaxy, Zlatan Ibrahimovic, Josef Martinez (Atlanta United) dan gandingan New York City, Maxi Moralez dan Heber.

Penyerang berusia 30 tahun itu menjaringkan 34 gol dalam 31 penampilan ketika pasukannya turut menjulang Piala Perisai Penyokong.

Pemain kebangsaan Mexico itu turut menghasilkan 15 bantuan jaringan untuk mencipta rekod baru MLS selaku pemain paling banyak terlibat dengan jaringan -- mengatasi rekod Sebastian Giovinco yang melakukan 38 (22 gol dan 16 bantuan) untuk Toronto pada 2015.

Walaupun menambah dua lagi gol ketika membantu pasukannya menewaskan Galaxy dalam separuh akhir Bahagian Barat, Vela gagal menemui sasaran dalam aksi final untuk pasukan kendalian Brad Bradley itu disingkirkan oleh Seattle Sounders dalam perlawanan yang juga merupakan aksi playoff Piala MLS itu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen