Van Dijk terlepas aksi berdepan Belgium

Oleh Penulis Jemputan 15 Oktober 2018 137
Van Dijk terlepas aksi berdepan Belgium
Persatuan Bolasepak Belanda mengesahkan bahawa pertahanan, Virgil van Dijk, telah diketepikan daripada skuad kendalian Ronald Koeman untuk aksi bertemu Belgium esok.

Pertahanan tengah Liverpool itu masih lagi mengalami kecederaan tulang rusuk ketika pertembungan Liverpool dengan Southampton bulan lalu dan tidak mengambil bahagian dalam perlawanan berdepan Belgium di Brussels.

Pemain berusia 27 tahun itu beraksi selama 90 minit ketika membantu pasukan mengatasi Jerman 3-0 dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA, Sabtu lalu.

Dia berharap untuk kembali pulih sebelum aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Huddersfield Town, Sabtu ini.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen