Van Dijk, Stones banyak bantu saya -- Gomez

Oleh Staff Writer 21 November 2018 175
Van Dijk, Stones banyak bantu saya -- Gomez
Joe Gomez memberikan penghargaan kepada barisan senior dalam skuad kebangsaan serta kelab dalam membantu perkembangannya.

Di sebalik bertindak selaku perancangan gol penyamaan buat England, persembahan pemain berusia 21 tahun itu mempamerkan peningkatan ketika The Three Lions meraih kemenangan 2-1 ke atas Croatia dalam saingan Liga Negara-Negara.

Pada peringkat kelab, Gomez dan Virgil van Dijk membentuk gandingan berkualiti untuk menjadi pertahanan terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).

Gomez percaya rakan sepasukan England, John Stones, serta Van Dijk telah membantunya serta mengambil suasana positif dalam kedua-dua pasukan tersebut.

"Van Dijk adalah seorang pemain berkualiti. Saya berasakan dia telah membuktikan kebolehannya sejak musim lalu," katanya.

"Skuad England juga memiliki barisan pemain berkualiti seperti Stonesy (John Stones) dan Harry Maguire. Mereka banyak membantu dalam peningkatan persembahan saya.

"Saya masih muda. Banyak lagi yang boleh dipelajari dan saya akan cuba mendalami setiap aspek di sekeliling saya. Mempelajari sebanyak perkara yang boleh dan membentuk permainan saya dengan tersendiri."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen