SOUTHAMPTON 1 HAPOEL BE'ER SHEVA 1

Virgil Van Dijk melahirkan kekesalan selepas Southampton seri 1-1 dengan Hapoel Be'er Sheva dan mengakui berasa terlalu kecewa apabila pasukannya memberikan jaringan tidak sepatutnya kepada lawan, sekali gus menyaksikan mereka tersingkir dari Liga Europa.


Southampton memerlukan keputusan seri 0-0 atau menewaskan pasukan pelawat dari Israel itu dan mereka kelihatan berada di landasan yang tepat untuk melayakkan diri, sehingga Hapoel memusnahkan harapan mereka dengan jaringan pertama pelawat pada minit ke-78.

Maor Buzaglo melakukan penyudahan yang sempurna untuk menghukum kesilapan Oriol Romeu dan meletakkan Hapoel di hadapan.

Walaupun Van Dijk menyamakan kedudukan pada penghujung perlawanan, ia tidak mencukupi dengan skuad bimbingan Bachar Barak ke peringkat seterusnya menerusi rekod pertemuan yang memihak kepada skuad Israel itu.

"Secara jujurnya, saya terlalu kecewa," kata Van Dijk. "Kami perlu melakukan lebih baik, terutamanya pada separuh pertama.

"Kami tahu bagaimana mereka akan bermain -- kami perlu melakukan lebih baik lagi, terutama dengan peluang yang kami miliki, dan setiap kali mereka melakukan percubaan, ia amat berbahaya kepada kami.

"Kami perlukan satu sistem yang betul dan bukannya sentiasa menyerang. Itu yang perlu kami bincangkan.

"Kami hanya perlu memberi tumpuan kepada liga sekarang. Piala EFL adalah istimewa tetapi dengan kumpulan kini, kami boleh melakukan sesuatu yang lebih baik dalam liga.

"Tetapi kami perlu lebih berhati-hati dan bukannya melepaskan gol yang tidak sepatutnya seperti yang telah kami lakukan."