Valverde jelaskan punca ketepikan Busquets saat akhir

Oleh Penulis Jemputan 19 Disember 2019 139
Valverde jelaskan punca ketepikan Busquets saat akhir
Masalah demam menjadi faktor Sergio Busquets diketepikan daripada kesebelasan utama Barcelona ketika menentang Real Madrid dalam aksi Clasico awal pagi tadi.

Pemain Sepanyol itu dinamakan dalam kesebelasan utama tetapi terpaksa diketepikan sebelum perlawanan dan digantikan oleh Ivan Rakitic.

Beberapa laporan mengatakan Busquets akan memanaskan bangku simpanan tetapi pengendali Barca, Valverde, mengesahkan ia disebabkan masalah kesihatan, sekali gus terlepas aksi yang berakhir tanpa jaringan di Camp Nou itu.

"Memang benar Busquets tidak rasa begitu bagus. Dia demam sebelum perlawanan," katanya.

"Kami fikir boleh gunakan khidmatnya dalam babak kedua tetapi tidak berjaya. Jurulatih membuat keputusan berdasarkan apa yang dilihat."

Walaupun aksi awal pagi tadi berakhir tanpa jaringan, Valverde menegaskan kedua-dua pasukan berusaha keras untuk meraih kemenangan tatkala masing-masing mencipta banyak peluang.

"Ia merupakan aksi yang tidak boleh disangkal bahawa kedua-dua pasukan berada dalam kelas tersendiri," tambahnya.

"Mereka memberi tekanan tinggi dan mencipta ancaman dengan hantaran jauh. Sebab itu kami bergelut."

Mengenai taktikal Real, Valverde menambah: "Kami menjangkakannya. Akhirnya, mereka adalah situasi satu lawan satu yang perlu anda selesaikan.

"Kadangkala kami mencapainya tetapi ada masanya tidak."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen