Valverde enggan ulas isu letak jawatan selepas Barca diaib Levante

Oleh Staff Writer 3 November 2019 632
Valverde enggan ulas isu letak jawatan selepas Barca diaib Levante
LEVANTE 3 BARCELONA 1

Ernesto Valverde enggan menjawab soalan sama ada dia akan meletak jawatan selepas Barcelona tewas kepada Levante dalam perlawanan LaLiga di Valencia lewat malam tadi.


Pendahulu liga itu dikejutkan dengan kekalahan 1-3 di Stadium Ciutat de Valencia apabila pasukan tuan rumah berkenaan menghasilkan tiga gol dalam tempoh tujuh minit dalam babak kedua selepas Lionel Messi menjaringkan gol penalti sebelum waktu rehat.

Kekalahan itu turut menamatkan rekod kemenangan mereka dalam tujuh perlawanan berturut-turut dalam kesemua kejohanan dan pengurus pasukan itu masih perlu berdepan soalan mengenai masa depannya.

Ditanya sama ada dia terkejut dengan prestasi pemainnya dan akan melepaskan jawatan sebagai pengurus, Valverde bekata: "Tidak untuk kedua-dua soalan itu. Saya tidak memikirkan untuk meletak jawatan, saya hanya mahu memandang ke depan.

"Segala-galanya musnah. Kami tidak bermula dengan baik dalam babak kedua dan tidak mencipta ancaman.

"Kemudian, walaupun mereka tidak banyak memberikan kami masalah, mereka menjaringkan dua gol dalam dua minit.

"Jaringan ketiga mereka benar-benar menghukum kami.

"Pihak lawan menganggap perlawanan menentang kami sebagai perlawanan terbesar tahun ini, jadi anda perlu mempunyai kemampuan untuk memberikan respons.

"Kami sedar makna keputusan ini dan makna untuk memenangi perlawanan di gelanggang ini.

"Anda memerlukan usaha yang besar tetapi pasukan saya sudah terbiasa dengannya.

"Mereka memiliki separuh masa kedua yang baik dan menewaskan kami.

"Kami perlu menganalisis apa yang tejadi dan bertanya kepada diri kami sendiri tentang mengapa ia terjadi," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen