Penyerang Schalke, Mark Uth, dinamakan dalam skuad Jerman buat julung kalinya menjelang aksi Liga Negara-Negara Eropah bertemu Belanda dan Perancis.

Uth, 27, menyertai Schalke secara perpindahan percuma selepas menonjol bersama Hoffenheim musim lalu menerusi 14 jaringan dalam Bundesliga untuk membantu pasukan kendalian Julian Nagelsmann itu layak ke Liga Juara-Juara (UCL).

Bagaimanapun, dia belum meledak sebarang gol untuk kelab barunya meskipun diturunkan dalam sembilan perlawanan setakat ini, dengan Schalke kini menghuni tangga kedua tercorot Bundesliga apabila hanya menang sekali dalam enam perlawanan.

Namun, prestasi itu sudah memadai buat Joachim Low untuk menyenaraikan Uth buat kali pertama dalam skuad senior.

Selain itu, terdapat beberapa kejutan lain, dengan tonggak Manchester City, Leroy Sane, kembali dipanggil.

Pemain sayap itu mendapat kritikan hebat dalam jadual antarabangsa baru-baru ini apabila meninggalkan kem tersebut lebih awal demi kelahiran anak perempuannya.

Bagaimanapun, rakan sepasukannya di bahagian kelab, Ilkay Gundogan, tidak tersenarai akibat kecederaan hamstring ketika menentang Hoffenheim, pertengahan minggu ini.

Panggilan penuh skuad Jerman:

PENJAGA GOL
Manuel Neuer (Bayern Munich), Marc-Andre ter Stegen (Barcelona), Kevin Trapp (Eintracht Frankfurt)

PERTAHANAN
Jerome Boateng (Bayern Munich), Matthias Ginter (Borussia Monchengladbach), Jonas Hector (Cologne), Mats Hummels (Bayern Munich), Thilo Kehrer (Paris Saint-Germain), Antonio Rudiger (Chelsea), Niklas Sule (Bayern Munich)

PEMAIN TENGAH
Nico Schulz (Hoffenheim), Julian Brandt (Bayer Leverkusen), Julian Draxler (Paris Saint-Germain), Joshua Kimmich (Bayern Munich), Leon Goretzka (Bayern Munich), Kai Havertz (Bayer Leverkusen), Sebastian Rudy (Schalke), Toni Kroos (Real Madrid)

PENYERANG
Thomas Muller (Bayern Munich), Leroy Sane (Manchester City), Mark Uth (Schalke), Marco Reus (Borussia Dortmund), Timo Werner (RB Leipzig).