Ejen Donny van de Beek menegaskan dirinya tidak terlalu bimbang mengenai masa depan pemain tengah Ajax itu dengan menyatakan banyak kelab yang berminat untuk menandatangani pemain tengah Belanda itu.

Van de Beek telah dikaitkan dengan penghijrahan meninggalkan gergasi Eredivisie itu, dengan Real Madrid dan Manchester United dilaporkan berminat.

Ejen pemain berusia 22 tahun itu, Guido Albers, berkata ketika jendela perpindahan mungkin melalui fasa yang berbeza ekoran pandemik koronavirus, masa depan Van de Beek bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.

"Segalanya akan menjadi berbeza tetapi saya perlu kekal realistik," katanya.

"Ia turut menghasilkan peluang untuk kekal di kelab jika tiada pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya.

"Saya tidak bimbang mengenai Van de Beek."

"Terdapat minat daripada beberapa kelab. Kami akan menunggu untuk beberapa minggu lagi. Saya tidak mahu berkata apa-apa buat ketika ini."