UNL: Pemilihan Marcus Thuram dalam kem Perancis bukan pengaruh ayah 

Oleh Shaiful Shamsudin 11 November 2020 421
UNL: Pemilihan Marcus Thuram dalam kem Perancis bukan pengaruh ayah 
Didier Deschamps menjelaskan Marcus Thuram sememangnya layak untuk tersenarai dalam skuad Perancis apabila mendapat panggilan sulungnya berdasarkan prestasi bukan kerana status legenda ayahnya.

Thuram -- yang merupakan anak pertahanan ikonik, Lilian -- muncul antara tonggak juara dunia itu menjelang perlawanan persahabatan dengan Finland, awal pagi esok  disusuli saingan Liga Negara-Negara (UCL) menentang Portugal dan Sweden.

Penyerang Borussia Monchengladbach itu telah memulakan musim ini dengan baik apabila menyumbangkan tiga gol dan mencipta dua lagi peluang dalam 11 perlawanan termasuk ketika berdepan Real Madrid.

Dia telah terlibat secara langsung dalam 20 gol Bundesliga sejak dipancing daripada Gladbach pada akhir musim lalu dengan hanya kelibat sembilan pemain melakukan pencapaian yang lebih baik daripadanya setakat ini. 

Deschamps berkesempatan bercakap mengenai reputasi anak buahnya itu ketika mengumumkan skuadnya minggu lalu sambil menegaskan pemain berusia 23 tahun tersebut sudah bersedia untuk keluar daripada bayang-bayang bapanya yang membuat 142 penampilan bersama Les Bleus.

"Dia menyayangi ayahnya, saya juga menyukainy tetapi kita sedang bercakap tentang Marcus. Dia sudah terbiasa dengan semua ini," kata Deschamps dalam sidang akhbar. 

"Dia seorang yang mudah didekati, santai dan mengenali ramai pemain jadi saya tidak fikir wujudnya masalah emosi. Tetapi seperti yang ramai katakan, apabila anda berada di sini suasananya mungkin berbeza.

"Dia sukakan adrenalin, tekanan, peminat tetapi saya tidak fikir ia akan menjadi masalah. Dia ada di sini jadi saya bergantung padanya. Apabila anda merupakan anak seseorang tokoh, anda akan selalu mengundang perhatian terutama pasukan Perancis memandangkan ia jarang berlaku. 

"Karier ayahnya sudah berakhir, kita semua masih mengingatinya.

"Ia  boleh menjadi kelebihan buat Marcus -- dia boleh mendapatkan nasihat tapi dia berada di sini kerana dia memang berhak."


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen