BELGIUM 2 ICELAND 0

Romelu Lukaku memberi penghormatan kepada pengurus bidan terjun Iceland, Arnar Vidarsson, di sebalik kekalahan kepada Belgium yang menyaksikan mereka tergelincir dalam Kumpulan A2, Liga Negara-Negara (UNL).


Lukaku meledak kedua-dua gol Belgium dalam kemenangan 2-1 awal pagi tadi dan sepakan penalti yang dilunaskannya terbukti menjadi penentu perlawanan selepas Birkir Mar Saevarsson menyamakan kedudukan buat Iceland.

Tuan rumah mungkin berhak untuk memungut satu mata selepas dirangsang oleh gol penyamaan selain berhempas pulas memburu gol penyamaan dalam babak kedua bagi memberi tentangan sengit terhadap pasukan di ranking pertama dunia itu.

Walaupun tewas, persembahan Iceland disifatkan sebagai luar biasa berikutan kehilangan pengurus mereka gara-gara COVID-19.



Pengurus Icerland, Erik Hamren, dan pembantunya sedang menjalani kuarantin jadi jurulatih skuad B-21, Vidarsson, diberi amanah untuk mengendalikan pasukan itu.

Vidarsson menghabiskan sebagian besar kariernya beraksi dalam kancah Belgium di samping Lokeren dan Cercle Brugge termasuk menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih bersama kedua-dua kelab itu, maka tidak hairanlah dia maklumat mengenai lawan mereka tersebut dengan lebih mendalam.

Penyerang Inter itu memberitahu VTM: "Saya harus mengucapkan tahniah kepada Vidarsson.

"Dia mengatur pasukannya dengan baik hari ini. Dia cukup mengenali kami dan dia menjadikannya perlawanan malam ini sukar bagi kami."

Vidarsson pula berkata: "Saya kurang tidur dan ia sudah melewati 24 jam tetapi ia menyeronokkan.

"Taktikal perlawanan ini telah disusun dengan baik dan kami dengan senang hati menurutinya. Kami bangga dan pemain-pemain juga boleh berbangga dengan diri mereka sendiri.

"Secara keseluruhan, ia satu persembahannya yang menarik dan kami berjuang mendapatkan gol penyamaan."

Tatkala Iceland menghuni tangga tercorot, Belgium pula melonjakkan ke persada kumpulan susulan kekalahan England -- yang menundukkan skuad bimbingan Roberto Martinez itu minggu lalu -- kepada Denmark di tempat sendiri, awal pagi tadi .

"Kami kembali ke puncak kumpulan -- kini adalah penting untuk membuat perbezaan dalam dua perlawanan terakhir," tambahnya.