United sahkan Sanchez, Smalling kekal dalam Serie A

Oleh Nafis Abdullah 2 Julai 2020 1018
United sahkan Sanchez, Smalling kekal dalam Serie A
Manchester United mengesahkan Alexis Sanchez dan Chris Smalling akan kekal bersama Inter Milan dan AS Roma untuk baki saingan musim ini.

Pertahanan, Smalling, dipinjamkan kepada Roma pada Ogos lalu dan mencatat 30 penampilan dalam semua kejohanan sekali gus membuatkan pengendali Roma, Paulo Fonseca, mahu melihatnya lebih lama di Rome.

"Saya akan lakukan segalanya untuk mengekalkannya di sini pada tahun depan. Saya tahu dia mahu kekal, jadi lihat nanti," katanya.

Dalam masa sama, Sanchez -- yang beraksi 19 kali buat skuad kendalian Antonio Conte, Inter -- diselubungi isu kecederaan.

Penggempur itu pernah beraksi dalam Serie A bersama Udinese, kini telah meledakkan satu gol buat The Nerrazzurri sewaktu Inter menewaskan Sampdoria 3-1 di tempat lawan.

Ekoran penangguhan liga akibat wabak coronavirus, United bersetuju untuk membenarkan kedua-dua pemain itu kekal di Itali tatkala saingan dijangka berakhir bulan depan.

The Red Devils juga telah mengumumkan penjaga gol, Dean Henderson, akan terus bersama Sheffield United sehingga Liga Perdana Inggeris tamat.

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen