Jaringan sendiri Anthony Martial menyaksikan Manchester United mencipta rekod yang tidak dimahukan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) ketika bertemu Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi tadi, walaupun ia bukanlah kesilapan yang menghukum mereka.

Martial secara tidak sengaja menanduk masuk hantaran Neymar melepasi gawang sendiri pada minit ke-55 ketika United menang 2-1 di Parc des Princes, menyamakan kedudukan selepas jaringan pembukaan daripada Bruno Fernandes.

Jaringan sendiri pemain kebangsaan Perancis itu merupakan yang kesembilan oleh pemain United dalam saingan UCL, yang paling banyak daripada mana-mana kelab dalam sejarah pertandingan itu.

Laurent Blanc merupakan pemain Perancis yang menjaringkan gol sendiri buat United dalam UCL, dengan Martial menjadi pemain kedua daripada negara itu untuk ke atas lawan dari Perancis, selepas Jeremy Mathieu melakukan perkara yang sama ketika Barcelona berdepan PSG pada April 2015.

Jaringan pembukaan United terhasil menerusi sepakan penalti, dengan Fernandes mengambil sepakan buat kali kedua selepas Keylor Navas keluar daripada garisannya.

Sejak awal musim lalu, United telah diberikan 27 penalti dalam semua pertandingan, 22 daripadanya berjaya disempurnakan, sementara Fernandes yang telah meledak 11 gol sejak debut untuk kelab pada Februari.

United kembali mendahului menerusi jaringan Marcus Rashford bagi memastikan kemenangan dalam kempen saingan Eropah.

Tiga jaringan paling terkini penyerang England itu terhasil ketika berkunjung di tempat lawan, dua daripadanya di Parc des Princes.