United cemerlang seminggu yang lalu -- Bruno Fernandes

Oleh Ammar Hakim 6 November 2020 452
United cemerlang seminggu yang lalu -- Bruno Fernandes
Bruno Fernandes enggan panik dengan dua kekalahan berturut-turut Manchester United, menegaskan mereka telah beraksi 'cemerlang' sebelum minggu yang sukar.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer,diberi banyak penghargaan ketika pihaknya menumbangkan RB Leipzig 5-0 di Old Trafford 28 Oktober lalu, disusuli daripada kemenangan mengatasi Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara (UCL).

Tetapi kekalahan berulang The Red Devils di laman sendiri kepada Arsenal dalam sainga Liga Perdana Inggeris (EPL), menyaksikan mereka menghuni tangga ke-15, dan berkunjung ke Istanbul Basaksehir dan menyaksikan permulaan cemerlang di Eropah berakhir dengan kekalahan.

United tewas 2-1 di Turki, tewas di tempat lawan buat pertama kali sejak Januari dan menyaksikan rekod 10 kemenangan di tempat lawan berakhir.



Bagaimanapun, gergasi EPL itu masih lagi menghuni tangga teratas Kumpulan H.

"Kami perlu melihat seminggu yang lalu, semua bercakap mengenai kami beraksi cemerlang, menghadapi perlawanan dengan baik," kata Fernandes.

"Kami menang ke atas Newcastle, Paris, mengatasi Leipzig. Kami seri dengan Chelsea dalam perlawanan yang kami boleh menang.

"Ia merupakan penting bagi kami. Menang memastikan kami selesa dalam peringkat kumpulan. Sememangnya, meraih beberapa lagi mata memastikan kami layak ke peringkat seterusnya.

"Tetapi kami masih lagi dalam kedudukan yang baik. Kami perlu menggunakan cara yang sama dan meraih kemenangan."
 
"Kami melakukan segalanya dengan cara yang salah," kata Fernandes. "Tiada intensiti yang positif sejak permulaan perlawanan.

"Mereka meledak gol awal dan ia merumitkan permainan kami. Kami telah cuba hingga tamat perlawanan dan kami mula bermain agak lewat.

"Kami boleh bermain dengan lebih baik dalam perlawanan seterusnya."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen