Real Madrid bertembung dengan Cristiano Ronaldo sebelum mengharungi perlawanan "El Clasico' dengan Barcelona dalam majlis undian peringkat suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), sebentar tadi.

Begitupun, Madrid terlebih dahulu perlu memadamkan defisit 1-2 bertemu Manchester City dalam pusingan 16 di Stadium Etihad bulan depan.

Jaguh pertemuan itu akan berdepan pemenang di antara Lyon dan Juventus di Lisbon, Portugal, 12 Ogos depan.

Ronaldo dan rakan sepasukannya ketinggalan 0-1 ketika bertandang ke laman seteru daripada Ligue 1 itu.




Ketiga-tiga pasukan itu akan saling berjuang menempah tiket separuh akhir sekali gus mencabar pemenang di antara pertemuan Napoli-Barcelona dan Chelsea-Bayern Munich.

Sementara itu, Bayern, yang masih segar meraikan kejayaan domestik, meniti landasan tepat untuk lolos berbekalkan kemenangan bergaya 3-0 di Stamford Bridge dalam pertemuan pertama, namun Lionel Messi dan rakan-rakannya berdepan ranjau berikutan perlawanan di Stadio San Paolo terikat 1-1.

Dalam masa sama, empat pasukan sudah pun mengesahkan tempat di Lisbon yang menyaksikan Paris Saint-Germain (PSG) dan Atalanta bangkit menundukkan Borussia Dormund dan Valencia untuk mengadakan pertemuan.

RB Leipzig dan Atletico Madrid -- yang menyingkirkan wakil Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham dan juara bertahan, Liverpool -- pula akan saling beradu kekuatan.


Jadual penuh:

Real Madrid/Manchester City lwn Lyon/Juventus
RB Leipzig lwn Atletico Madrid
Napoli/Barcelona lwn Chelsea/Bayern Munich
Atalanta lwn PSG