Undian pusingan 32 Liga Europa 2016/17 yang berlangsung di Nyon menyaksikan beberapa perlawanan yang akan mencuri tumpuan, antaranya pertemuan di antara kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, dan kelab Ligue 1, Saint-Etienne.

Pertemuan tersebut dianggap menarik kerana pemain tengah The Red Devils, Paul Pogba, akan berhadapan dengan abangnya, Florentin, yang beraksi selaku pemain pertahanan di kelab Perancis itu.

Undian yang berlangsung sebentar tadi juga menyaksikan pasukan yang beraksi dalam Liga Juara-Juara, Tottenham, akan bertemu kelab dari Belgium, Gent, dan AS Roma bakal membuat perhitungan dengan Villareal.

Aksi pertama pusingan 32 Liga Europa akan berlangsung pada 16 Februari manakala aksi timbal balik pada 23 Februari. Dalam pada itu, pasukan yang muncul selaku naib juara kumpulan akan menjadi tuan rumah untuk aksi pertama.

Berikut undian penuh pusingan 32 Liga Europa:

Athletic Bilbao lwn APOEL
Legia Warsaw lwn Ajax
Anderlecht lwn Zenit
Astra lwn Genk
Manchester United lwn Saint-Etienne
Villarreal lwn Roma
Ludogorets Razgrad lwn FC Copenhagen
Celta Vigo lwn Shakhtar Donetsk
Olympiacos lwn Osmanlıspor
Gent lwn Tottenham
Rostov lwn Sparta Prague
Krasnodar lwn Fenerbahce
Borussia Monchengladbach lwn Fiorentina
AZ lwn Lyon
Hapoel Beer-Sheva lwn Besiktas
PAOK lwn Schalke