Undian pusingan 16 UCL: Arsenal hadapi laluan getir bertemu Bayern

Oleh Staff Writer 12 Disember 2016 13
Undian pusingan 16 UCL: Arsenal hadapi laluan getir bertemu Bayern

Saingan pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dijangka seimbang kecuali buat wakil Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, yang bakal berdepan laluan getir apabila diundi bertemu pasukan gergasi Jerman, Bayern Munich.

Selain itu, undian yang berlangsung sebentar tadi, turut menyaksikan Paris Saint-Germain (PSG) akan berhadapan dengan Barcelona manakala juara bertahan, Real Madrid, pula bakal menentang Napoli.

Aksi pertama pusingan 16 akan berlangsung pada 14-15 Februari dan perlawanan timbal balik pada 21-22 Februari.

Berikut keputusan penuh undian pusingan16 UCL:

Manchester City lwn Monaco
Real Madrid lwn Napoli
Benfica lwn Borussia Dortmund
Bayern Munich lwn Arsenal
Porto lwn Juventus
Bayer Leverkusen lwn Atletico Madrid
Paris Saint-Germain lwn Barcelona
Sevilla lwn Leicester City
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen