Undian Liga Juara-Juara: City hadapi tugas berat

Oleh Staff Writer 17 Disember 2019 647
Undian Liga Juara-Juara: City hadapi tugas berat
Pep Guardiola akan memperbaharui perseteruan dengan Real Madrid selepas Manchester City diundi menentang skuad Los Blancos itu dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.

Memandangkan City kini 14 mata di belakang pendahulu, Liverpool, dalam saingan Liga Perdana Inggeris, kejayaan di pentas Eropah tampak menjadi keutamaan Guardiola.

Namun, harapan untuk menungungguli saingan elit Eropah itu dengan mudah menerima tamparan selepas diundin berdepan gergasi LaLiga, Real, yang muncul juara dalam empat daripada enam edisi terakhir.

Guardiola bukan nama asing buat Real sewaktu mengemudi seteru utama mereka, Barcelona, selama empat tahun sambil dia menjadi pengurus Bayern Munich ketika tewas di tangan lawan sama 5-0 secara agregat dalam separuh akhir musim 2013/14.

Real pernah berdepan City dalam saingan Liga Juara-Juara sebelum ini sebelum meneruskan kemaraan ke separuh akhir bagi musim 2015/16.



Juara bertahan, Liverpool, akan menentang naib juara musim 2013/14 dan 2015/16, Atletico Madrid, apabila kembali ke Wanda Metropolitano yang menjadi saksi kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur dalam final musim lalu untuk menjulang trofi itu buat kali keenam.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu muncul juara Kumpulan E di atas Napoli, yang diundi berdepan juara LaLiga, Barcelona, tatkala gergasi Sepanyol itu cuba untuk mencipta kejayaan yang kali terakhir diraih pada musim 2014/15.

Undian lain menyaksikan Thomas Tuchel akan kembali ke Borussia Dortmund bersama skuad kendaliannya, Paris Saint-Germain (PSG), sambil Chelsea dan Bayern Munich -- yang memenangi kesemua aksi peringkat kumpulan -- bakal bertemu dalam ulangan final edisi 2011/12.

Tottenham yang berusaha untuk menebus kekecewaan tewas di pentas final musim lalu akan melakukan perhitungan dengan RB Leipzig yang bakal melalui aksi pusingan kalah mati buat kali pertama.

Juventus akan bermula selaku pilihan dalam pertemuan dengan Lyon sambil satu lagi kelab Serie A, Atalanta, yang melepasi peringkat kumpulan dalam penampilan sulung di pentas paling elit Eropah, bakal merebut slot suku akhir dengan Valencia.

Perlawanan pertama akan diadakan pada 18, 19, 25 dan 26 Februari depan sebelum aksi timbal balik dijalankan pada 10, 11, 17 dan 18 Mac depan.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen