Manchester United menantikan keputusan perlawanan di antara Istanbul Basaksehir dan Copenhagen bagi memastikan lawan dalam suku akhir Liga Europa.

Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu, yang meledak 5-0 dalam pertemuan pertama pusingan 16 dengan LASK, berdepan kemungkinan menghadapi Wolves, Olympiacos, Roma atau Sevilla dalam separuh akhir.

Skuad Inter kendalian Antonio Conte pula akan menentang Bayer Leverkusen atau Rangers dalam suku akhir sekiranya berjaya mengetepikan Getafe dalam pusingan 16.

Dalam aksi suku akhir yang berbeza, Shakhtar Donetsk atau Wolfsburg akan menentang Eintracht Frankfurt atau Basel.



Perlawanan di antara Getafe dan Inter termasuk Roma dan Sevilla, akan diadakan sekali di gelanggang berkecuali di Jerman memandangkan pertemuan pertama tidak dapat berlangsung berikutan wabak COVID-19 tatkala baki perlawanan pusingan 16 yang lain sudah dilengkapkan.

Aksi tersebut akan berlangsung pada 5-6 Ogos sebelum saingan suku akhir bermula dari 10 Ogos di Cologne, Duisburg, Dusseldorf dan Gelsenkirchen.

Sungguhpun venue separuh akhir masih belum ditentukan, namun perlawanan akhir pada 21 Ogos kelak akan diadakan di Cologne.

Jadual penuh:

Shakhtar Donetsk/Wolfsburg lwn Eintracht Frankfurt/Basel
Manchester United/LASK lwn Istanbul Basaksehir/Copenhagen
Inter/Getafe lwn Bayer Leverkusen/Rangers
Wolves/Olympiacos lwn Roma/Sevilla