Undian Liga Europa: Manchester United hadapi pendahulu Austria 

Oleh Shaiful Shamsudin 29 Februari 2020 1091
 Undian Liga Europa: Manchester United hadapi pendahulu Austria 
Manchester United akan menghadapi LASK dalam pusingan 16 Liga Europa manakala Inter akan bertemu kelab LaLiga, Getafe.

Pasukan asuhan Ole Gunnar Solskjaer itu membelasah Club Brugge 6-1 secara agregat dalam pusingan 32 semalam dan akan melakukan bertandang ke tempat lawan untuk perlawanan pertama sebelum menjadi tuan rumah kepada pendahulu kancah Bundesliga Austria itu.

Daripada segi undian UEFA, kejohanan itu akan menemukan pasukan kerdil bertemu pasukan handalan.

 
Anak buah Antonio Conte pula menghadapi tugas berat apabila bakal diuji Getafe, yang mengalahkan Ajax dalam pusingan terdahulu, sementara Olympiacos -- masih segar daripada mengalahkan Arsenal dalam masa tambahan -- mengatasi satu lagi wakil England, Wolves.

Pasukan Rangers bimbingan Steven Gerrard akan berdepan Bayer Leverkusen dan juara lima kali, Sevilla, perlu berhitung dengan Roma.

Perlawanan akan dilangsung pada 13 Mac dan 20 Mac.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen