SLAVIA PRAGUE 0 ARSENAL 4 (Arsenal menang 5-1 secara agregat)

Mikel Arteta gembira dengan kemenangan klinikal Arsenal ke atas Slavia Prague tetapi telah memberi amaran kepada pasukannya untuk menghadapi ujian sukar terhadap bekas pengendali, Unai Emery, Villarreal dalam separuh akhir Liga Europa (UEL).


The Gunners memasuki aksi kedua suku akhir awal pagi tadi dengan keputusan seri 1-1, tetapi mereka menghasilkan salah satu persembahan terbaik mereka di bawah Arteta untuk menang 4-0 di Stadium Sinobo dan mara dengan agregat 5-1.

Nicolas Pepe menambah gol pertamanya dalam babak pertama dengan membuka skor di ibu negara Czech, menjadikan Arsenal menuju kemenangan mudah selepas sepakan penalti Alexandre Lacazette dan percubaan jarak jauh Bukayo Saka menyusul dalam 24 minit pertama.

Lacazette melengkapka kemenangan dalam separuh masa kedua sekaligus mengesahkan pertembungan dengan Villarreal -- yang menang 3-1 secara agregat ke atas Dinamo Zagreb -- dan bakal bertemu semula dengan Emery, yang dipecat Arsenal pada November 2019 dan digantikan oleh Arteta.



Emery sebelumnya pernah memenangi Liga Europa tiga kali dengan Sevilla, sementara tewas dalam final 2018-19 menentang Chelsea ketika berada di Arsenal, dan Arteta menyedari betapa besarnya tugas yang kini yang bakal dihadapi pasukannya.

"Ini akan menjadi sangat sukar dan Unai Emery mungkin pengurus paling berjaya dalam pertandingan ini," katanya kepada BT Sport.

"Masih banyak yang harus dilakukan dan banyak perkara yang dapat kita perbaiki, tetapi kita mempunyai keinginan sebenarnya untuk meningkat dan menjadi lebih baik setiap hari."