UCL: Sevilla lengkapkan slot terakhir LaLiga 

Oleh Shaiful Shamsudin 14 Julai 2020 165
 UCL: Sevilla lengkapkan slot terakhir LaLiga 
Sevilla sah kembali ke Liga Juara-Juara (UCL) berikutan kegagalan Villarreal membenam Real Sociedad dalam perlawanan LaLiga. 

Villarreal, yang perlu memenangi ketiga-tiga perlawanan terakhir mereka dalam usaha menyingkirkan Sevilla di kedudukan empat teratas, bagaimanapun tumbang 1-2 ketika menentang La Real di Estadio de la Ceramica, awal pagi tadi. 

 

Kedudukan kelompok empat pasukan teratas sudah tidak lagi boleh digugat apabila terajui Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid selain skuad asuhan Julen Lopetegui itu. 

Sevilla mara ke suku akhir UCL pada 2017-18 tetapi musim ini, terpaksa bersaing dalam Liga Europa -- kejohanan yang telah mereka menangi sebanyak lima kali.

Mereka akan beraksi bertemu Roma dalam pusingan 16 di Jerman berikutan pertemuan pertama terpaksa ditangguhkan akibat ancaman COVID-19. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen