Neymar berkata 'kami tewas tetapi peperangan masih belum berakhir' selepas bintang Paris Saint-Germain itu yakin pasukannya bangkit dalam aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Manchester City mengawal pertembungan separuh akhir hasil kemenangan 2-1 di Paris, di mana skuad kendalian Pep Guardiola itu bangkit dalam separuh masa kedua ke atas PSG.

Kapten PSG, Marquinhos, membuka jaringan sebelum City bangkit dalam separuh masa kedua di ibu kota Perancis.

Hantaran silang Kevin De Bruyne membuka jaringan buat City sebelum sepakan percuma Riyad Mahrez membenarkan mereka mendahului perlawanan, sementara PSG menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Idrissa Gueye dilayangkad kad merah.


"Kami tewas tetapi peperangan masih belum berakhir," kata Neymar. "Saya percaya kemampuan pasukan ini.

"Saya percaya bahawa kita boleh menjadi lebih baik daripada sebelumnya. ALLEZ PARIS. Peluang satu peratus kepercayaan 99 peratus."

Neymar belum menjaringkan gol dalam enam perlawanan terakhirnya di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL), dengan gol terakhirnya di luar peringkat kumpulan menentang Borussia Dortmund pada 2019-20.