UCL: Pengurus PSG ditimpa kecederaan serius 

Oleh Shaiful Shamsudin 8 Ogos 2020 576
UCL: Pengurus PSG ditimpa kecederaan serius 
Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel,  terseliuh pergelangan kaki dan patah jari kaki (metatarsal)  ketika sesi latihan semalam. 

Jaguh Ligue 1 itu menundukkan Sochaux 1-0 dalam satu perlawanan persahabatan kelmarin dan Tuchel ditimpa kemalangan di kaki kirinya ketika kembali menjalani latihan pada hari berikutnya.

Semalam, kelab itu dalam satu kenyataan di Twitter berbunyi: "Thomas Tuchel menjadi mangsa kecederaan pergelangan kaki kiri yang terseliuh dan mengalami patah di metatarsal kelima ketika sesi latihan malam tadi."

PSG akan berdepan Atalanta dalam suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) hujung minggu depan. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen