Edin Hazard tidak akan dirisikokan oleh Real Madrid dalam perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Liverpool awal pagi Khamis ini.

Hazard hanya dapat beraksi sebanyak 14 kali bersama Madrid berikutan masalah kecederaannya yang amat mengecewakan.

Pemain kebangsaan Belgium itu baru sahaja pulih daripada kecederaan pinggul dan dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menewaskan Elche 2-1 bulan lalu tetapi terpaksa menjalani satu lagi tempoh rehat.

Hazard sudah kembali berlatih tetapi dia tidak disenaraikan selaku 21 pemain skuad Los Blancos itu yang akan bertandang ke Anfield, di mana pasukan kendalian Zinedine Zidane itu akan memulakan perlawanan berkenaan dengan kelebihan 3-1.

Lucas Vazquez jika tidak disenaraikan berikutan kecederaan lutut yang dialaminya ketika menewaskan Barcelona 2-1 dalam perlawanan Clasico hujung minggu lalu.

Madrid juga akan sekali lagi turun tanpa khidmat Sergio Ramos, Dani Carvajal dan Raphael Varane.