Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sedia menggalas tiga tugas lain bagi memastikan kelancaran pengurusan bola sepak negara.

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini mengesahkan senarai jawatankuasa tetap FAM bagi penggal 2017-21 yang melibatkan pengerusi badan kehakiman dan pelesenan kelab, bendahari serta pengurus pasukan-pasukan kebangsaan.

Dalam senarai yang dikeluarkan, Tunku Ismail bakal menggalas tugas selaku Pengerusi Jawatankuasa Darurat, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan serta Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan.

Sementara itu, Datuk Baljit Singh Sidhu bakal mempengerusikan Jawatankuasa Tatatertib dibantu oleh Datuk Dr. Abd Shukor Ahmad selaku Timbalan Pengerusi.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi, diberi kepercayaan mempengerusikan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan.

Berikut senarai lengkap jawatankuasa tetap FAM:


1. Jawatankuasa Darurat
Pengerusi: DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim

2. Jawatankuasa Kewangan & Pengurusan
Pengerusi: DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim

3. Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan
Pengerusi: DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim

4. Jawatankuasa Pertandingan Tempatan
Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi
Timbalan Pengerusi: Mohd Firdaus Mohamed

5. Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa
Pengerusi: Mohd Joehari Mohd Ayob
Timbalan Pengerusi: Dato’ S. Sivasundaram

6. Jawatankuasa Pengadil
Pengerusi: Subkhiddin Mohd Salleh
Timbalan Pengerusi: Datuk Aminuddin Omar

7. Jawatankuasa Audit Dalaman
Pengerusi: Datuk Ismail Karim
Timbalan Pengerusi: Shafizah Umamah Abdul Mutalib

8. Jawatankuasa Bola Sepak Wanita
Pengerusi: Datuk Suraya Yaacob
Timbalan Pengerusi: Shafizah Umamah Abdul Mutalib

9. Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan Bola Sepak Belia
Pengerusi: Datuk Seri Subahan Kamal
Timbalan Pengerusi: Christopher Raj Aralanthu

10. Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai
Pengerusi: Datuk Rosmadi Ismail
Timbalan Pengerusi: Mohd Joehari Mohd Ayob

11. Jawatankuasa Perubatan Sukan
Pengerusi: Datuk Ab. Ghani Hassan
Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

12. Jawatankuasa Media & Perhubungan Awam
Pengerusi: Christopher Raj Aralanthu
Timbalan Pengerusi: Datuk Suraya Yaacob

13. Jawatankuasa Keselamatan
Pengerusi: Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman
Timbalan Pengerusi: SAC Datuk Azisman Alias

14. Jawatankuasa Integriti
Pengerusi: Tan Sri Aseh Che Mat
Timbalan Pengerusi: Datuk Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff

• Badan Kehakiman FAM

1. Jawatankuasa Tatatertib
Pengerusi: Datuk Baljit Singh Sidhu
Timbalan Pengerusi: Datuk Dr. Abd Shukor Ahmad

2. Jawatankuasa Rayuan
Pengerusi: Datuk Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff
Timbalan Pengerusi: Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif

• Pelesenan Kelab
1. First instance body
Pengerusi: Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif

2. Badan Rayuan
Pengerusi: Dr. Wirdawati Mohd Radzi

• Bendahari
Datuk Ismail Karim

• Pasukan-pasukan Kebangsaan
1. Pasukan Bola Sepak Lelaki B-22
Pengurus: Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi

2. Pasukan Futsal Lelaki
Pengurus: Datuk Rosmadi Ismail

3. Pasukan Bola Sepak Wanita
Pengurus: Datuk Suraya Yaacob

4. Pasukan Futsal Wanita
Pengurus: Shafizah Umamah Abdul Mutalib