Tugas belum selesai -- Pjanic

Oleh Staff Writer 12 April 2017 444
Tugas belum selesai -- Pjanic
JUVENTUS 3 BARCELONA 0

Pemain tengah Juventus, Miralem Pjanic, menegaskan tugas masih belum selesai selepas mereka meraih kemenangan 3-0 ke atas Barcelona dalam aksi pertama Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.


Pjanic mempamerkan aksi memberangsangkan di bahagian tengah buat Juventus dengan menghasilkan bantuan jaringan untuk gol Giorgio Chiellini.

Dua jaringan awal penyerang, Paulo Dybala, memastikan Juve memiliki kelebihan tiga gol sebagai bekalan untuk aksi kedua di Nou Camp.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan Bosnia-Herzegovina itu menyuarakan pendapatnya bahawa Juve telah menampilkan aksi terbaik mereka dan tugas mereka masih belum selesai jika mahu mara ke pusingan seterusnya.

"Ia merupakan perlawanan yang baik buat kedua-dua pasukan. Semestinya, kami gembira dengan keputusan 3-0 ini," kata Pjanic.

"Tetapi tugas kami belum selesai. Kami menyedari kemampuan Barca dan Paris telah dihukum ketika beraksi di Nou Camp.

"Kami perlu berhati-hati pada setiap masa ketika bertemu Barcelona. Mereka memiliki pemain-pemain yang berkualiti."

"Sasaran kami adalah menjaringkan gol lagi dan mempamerkan aksi yang terbaik di sana."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen