Tuchel tidak gemar prestasi babak kedua PSG lawan Reims

Oleh Muzaffar Musa 28 September 2020 146
Tuchel tidak gemar prestasi babak kedua PSG lawan Reims
Ketua jurulatih Paris Saint-Germain  (PSG), Thomas Tuchel, mengkritik aksi pemainnya yang memperlahankan rentak pemain mereka dalam babak kedua ketika menewaskan Reims 2-0 dalam saingan Ligue 1 awal pagi tadi.

Mauro Icardi menjaringkan gol berganda pertamanya buat PSG sejak Feburari lalu di Stade Auguste-Delaune ketika juara bertahan Ligue 1 itu merekodkan tiga kemenangan tanpa bolos berturut-turut.

PSG memulakan permainan dengan Kylian Mbappe dan Neymar bergandingan dalam kesebelasan utama buat kali pertama musim ini manakala Angel Di Maria dan Icardi turut berada dalam senarai penyerang mereka.

Walaupun memperoleh kemenangan selesa, Tuchel tidak gemar dengan prestasi pasukannya itu memandangkan Reims merupakan pasukan yang belum mencatatkan sebarang kemenangan musim ini.

"Saya menggemari aksi separuh masa pertama tetapi saya tidak faham mengapa kami terlepas banyak peluang," katanya kepada Telefoot.

"Selepas 20 atau 30 minit, kami sepatutnya sudah mendahului dengan tiga atau empat gol.

"Tetapi saya tidak gembira dengan apa yang kami lakukan dalam babak kedua. Ia tidak serius. Ia tidak memiliki keamaatan dan tidak agresif seperti sebelumnya.

"Perancangannya adalah untuk meletakkan Neymar hampir dengan Mbappe.

"Kami memilih struktur untuk menyerang. Kami mencuba sesuatu dan saya amat yakin dengan pasukan saya.
 
"Kami memiliki banyak peluang dan mempunyai 70 peratus penguasaan bola.

"Jika kami memanfaatkan tiga atau empat peluang selepas 30 minit, kami akan memiliki analisis yang berbesa.

"Jadi, kami dapat melihat apa yang telah hilang. Kecekapannya tiada. Anda tidak boleh bermain dengan permainan seperti itu. Dalam babak kedua, kami tidak serius," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen