BORDEAUX 2 PARIS SAINT-GERMAIN 2

Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, mengesahkan bintang penyerang pasukannya, Neymar, akan terlepas aksi Ligue 1 yang akan datang selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika menentang Bordeaux, awal pagi tadi.


Aksi di Bordeaux itu menyaksikan bintang Brazil itu menjaringkan gol pembukaan PSG, namun terpaksa dikeluarkan dalam separuh masa kedua.

Kylian Mbappe kembali meletakkan PSG di depan selepas jaringan penyamaan Jimmy Briand, namun gol daripada Andreas Cornelius menamatkan rekod 14 kemenangan PSG dalam saingan Ligue 1.

PSG akan berkunjung ke Strasbourg dan Tuchel telahpun mengeluarkan Neymar daripada perancangannya, Khamis ini.

Kapten Brazil itu mengalami kecederaan sama ketika pasukan negaranya menentang Cameroon di Milton Keynes minggu lalu dan terlepas kemenangan ke atas Toulouse tidak lama selepas itu.

"Saya rasakan ia adalah kecederaan yang sama, namun saya tidak dapat memastikannya buat masa ini," kata Tuchel kepada Canal+.

"Kami perlu lebih berhati-hati.

"Dia meyakinkan saya bahawa dia cergas untuk diturunkan dalam perlawanan itu.

"Saya berharap dia akan kembali cergas selepas perlawanan menentang Strasbourg nanti," tambahnya.