Tuchel gagal selindung kehampaan komitmen pemain PSG 

Oleh Shaiful Shamsudin 29 November 2020 182
 Tuchel gagal selindung kehampaan komitmen pemain PSG 
PSG 1 BORDEAUX 1

Thomas Tuchel berharap dapat melihat sisi berbeza Paris Saint-Germain (PSG) ketika menentang Manchester United selepas sekali lagi membidas anak buahnya selepas seri dengan Bordeaux di Stadium Le Parc des Princes, awal pagi tadi.


PSG gagal mempertahankan pendahuluan 2-0 ketika tewas di Monaco minggu lalu dan selepas itu Tuchel melabel pasukannya "tidak beraksi dengan cukup serius" dan "berhenti bermain sepenuhnya".

Juara Ligue 1 itu dipaksa bangkit untuk mengalahkan RB Leipzig dalam Liga Juara-Juara (UCL) pertengahan minggu ini, ia kisah yang hampir sama ketika mereka berdepan Bordeaux.

PSG dikejutkan dengan gol sendiri Timothee Pembele, yang membuat kemunculan pertama, pada minit ke-10 tetapi dilihat mampu memadam kesilapan awal itu susulan sepakan penalti yang disudahkan Neymar -- gol ke-50 peribadinya dalam Ligue 1 -- disusuli jaringan Moise Kean.

Namun, bekas pemain PSG, Yacine Adli, menyamakan kedudukan dan pasukan kendalian Tuchel itu mungkin bernasib baik untuk seri 2-2.

Justeru, ia bukanlah persiapan yang ideal menjelang kunjungan getir ke United awal pagi Khamis ini. 

"Kami tidak dapat beraksi dengan baik jika tidak berusaha seperti yang kami lakukan dalam separuh masa kedua," kata pengurus berbangsa Jerman itu kepada Canal +. 

"Separuh masa pertama tiada apa-apa, kami bermain dengan rentak sederhana.

"Begitupun, kami tidak memiliki kesungguhan untuk membunuh perlawanan ini. Kami tidak memiliki tekad dalam soal ini.

"Kami kekurangan dalam segala aspek sepanjang babak kedua: disiplin, usaha, kesemuanya. Bahkan ia lebih buruk berbanding ketika kami menentang Monaco. 

 

"Biasanya saya akan melindungi pasukan sendiri tetapi hari ini saya sangat tidak setuju. Kami tidak perlu kehilangan mata untuk kali kedua seperti ini selepas kejadian di Monaco. Kami tewas dalam baki babak dan kami perlu memikul tanggungjawab ini termasuk saya juga.

"Kami harus mengetengahkan PSG yang berbeza di Manchester; tidak mungkin beraksi kami akan beraksi seperti di tahap hari ini sempena perlawanan itu. 

"Saya tidak faham mengapa kami tidak memikul tanggungjawab, mengapa kami tidak beraksi dengan lebih serius."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen