Trippier dedah dihalang Spurs jalani pembedahan 

Oleh Shaiful Shamsudin 3 Jun 2020 631
Trippier dedah dihalang Spurs jalani pembedahan 
Semangat Kieran Trippier berkobar-kobar untuk meneruskan LaLiga 2019-20 selepas dilanda wabak COVID-19 selain kembali cergas susulan kecederaan yang membelenggunya ketika mewakili Tottenham. 

Saingan di Sepanyol itu dijadualkan bersambung semula minggu depan selepas tiga bulan tertangguh yang mengundang kekecewaannya memandangkan pertahanan dari England tersebut baru pulih ketika itu. 

Trippier menjalani pembedahan pangkal paha Januari lalu yang sering menghantuinya dalam musim terakhirnya di Spurs sambil mengkritik bekas kelabnya itu kerana menyekat pembedahannya. 

Tonggak kebangsaan England itu mengakui bahawa dia bergelut untuk mengekalkan kecergasannya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, namun dia dan Atletico bersemangat untuk meneruskan saingan apabila Los Colchoneros bakal berdepan Athletic Bilbao 14 Jun ini. 

"Bagi saya, secara peribadinya sejurus menjalani pembedahan kebiasaannya setiap hari saya akan mendapatkan rawatan tetapi saya tidak dapat melakukan di rumah," katanya.

"Ia satu situasi yang sukar tetapi saya sering mencari jalan untuk berlatih, menjaga diri supaya dalam keadaan terbaik sebaik kembali dan sudah bersedia untuk memulakan perlawanan. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy to be back on the pitch with the team ! 😊 — Feliz por estar de vuelta con el equipo! 😊

A post shared by Kieran Trippier (@ktrippier2) on



"Saya berasa sangat seronok untuk kembali. Sangat sukar untuk tidak melihat rakan sepasukan, kakitangan dan menjalani latihan pada setiap hari. Tetapi semua orang memahami keadaan ketika itu.

"Semua orang bersemangat. Pasukan ini fokus kepada persiapan menentang Athletic dan paling penting, kami dapat menyambung kempen musim ini dengan baik dan berusaha memenangi sebanyak mungkin perlawanan hingga ke akhir musim ini."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen