Trio Fiorentina, Patrick Cutrone, German Pezzella and Dusan Vlahovic, kini bebas daripada koronavirus, ia telah diumumkan oleh kelab Serie A itu semalam.

Vlahovic merupakan pemain pertama The Viola disahkan positif COVID-19, dengan penyerang itu mendedahkan menerusi Instagram.

Rakan sepasukan, Cutrone dan pertahanan, Pezzella, turut dijangkiti virus tersebut dan ketiga-tiga mereka telah bebas daripada penyakit tersebut selepas menjalani beberapa ujian.

"Fiorentina gembira mengumumkan semua ujian telah mendedahkan Patrick Cutrone, German Pezzella dan Dusan Vlahovic tidak lagi positif COVID-19," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab.

"Kami mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada doktor, nurse dan pihak hospital yang tidak berhenti memberikan perhatian kepada individu yang memerlukan ketika waktu sukar di Itali dan di seluruh dunia."

Itali merupakan negara yang paling terkesan dengan pandemik koronavirus selepas merekodkan 15,000 kematian.