Penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Kevin Trapp, mahu meninggalkan kelab itu Januari ini untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Pemain kebangsaan Jerman itu, yang berhijrah dari Eintracht Frankfurt pada Julai 2015, gagal untuk merebut tempat dengan Alphonse Areola sejak permulaan musim ini.

Crystal Palace telah dikhabarkan mahu membawa pemain berusia 27 tahun itu ke England manakala Liverpool turut berminat kerana aksi yang kurang konsisten daripada Simon Mignolet.

Ejennya, Jorg Neubauer, mengakui Trapp sedia meninggalkan pendahulu Ligue 1 itu dan mahu berhijrah Januari ini.

"Jika ada peluang buatnya, Trapp mahu meningglkan PSG," kata Neubauer.

Trapp turut mencadangkan lebih banyak waktu bermain akan meningkatkan peluangnya untuk bersama skuad Jerman ke Piala Dunia.

"Jika anda mahu ke Piala Dunia, anda perlu beraksi," ujarnya.