Townsend dipanggil ganti Sterling yang cedera

Oleh Alex Fisher 3 Oktober 2016 0
Townsend dipanggil ganti Sterling yang cedera
Raheem Sterling bakal terlepas aksi kelayakan Piala Dunia dengan England untuk pertemuan menentang Malta dan Slovenia selepas diketepikan daripada skuad kendalian Gareth Southgate itu akibat kecederaan. 

Sterling berada dalam senarai pemangku jurulatih itu sejak memainkan watak penting di bawah tunjuk ajar Pep Guardiola di Manchester City, musim ini. 

Dia, bagaimanapun, tidak akan beraksi selepas dikeluarkan pada penghujung perlawanan ketika City tumpas 2-0 kepada Tottenham Hotspur, hujung minggu lalu. 

Kecederaan yang dideritai Sterling itu masih belum dipastikan lagi, namun tempatnya dalam skuad Three Lions telah digantikan pemain sayap Crystal Palace, Andros Townsend.

Townsend kembali ke pangkuan pasukan England selepas tercicir untuk kempen kejohanan Euro 2016, dengan penampilan ke-11 yang juga kali terakhirnya, hadir pada bulan Mei ketika menentang Australia. 

Tentang Penulis

Alex Fisher

Komen