Totti yakin Tonali mampu jadi pemain seperti Gerrard, De Rossi, Lampard

Oleh Muzaffar Musa 1 Mei 2020 105
Totti yakin Tonali mampu jadi pemain seperti Gerrard, De Rossi, Lampard
Francesco Totti yakin Sandro  Tonali mampu menjadi antara pemain tengah terbaik dunia seperti Steven Gerrard, Frank Lampard atau Daniele De Rossi.

Pemain tengah Brescia berusia 19 tahun itu dikaitkan untuk menyertai beberapa kelab besar Eropah setelah melakukan penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan Itali tahun lalu.

Barcelona, Juventus, Inter Milan dan AC Milan antara yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan perancang itu, yang pernah dibandingkan dengan legenda Itali, Andrea Pirlo.

Totti, yang merupakan legenda skuad kebangsaan Itali dan AS Roma, percaya Tonali mampu berkembang untuk menjadi salah seorang pemain terbaik dunia.

"Dia akan menjadi pemain tengah terkuat di dunia, sama seperti Gerrard, De Rossi atau Lampard," katanya kepada pengacara TV, Paolo Bonolis, dalam satu perbualan Instagram Live.

"Dia juga merupakan campuran di antara Pirlo dan (Gennaro) Gattuso. Dia memiliki segala-galanya sebagai seorang pemain.

"Dia memiliki perubahan rentak yang luar biasa, dia memiliki kemahiran teknikal yang bagus dan dia sentiasa tenang di dalam perlawanan penting dan dalam perlawanan mudah," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen