Francesco Totti berharap cabaran Lazio mengejar gelaran Serie A akan tergugat apabila musim 2019-20 bersambung.

Lazio hanya ketinggalan satu mata di belakang penyandang juara, Juventus, ketika saingan di Itali ditangguh ekoran pandemik Koronavirus.

Skuad kendalian Simone Inzaghi itu tidak tewas dalam 21 perlawanan Serie A, dengan Lazio dalam usaha mengejar Scudetto pertama dalam tempoh dua dekad.

Legenda Roma, Totti, mengakui meminati cara bimbingan Inzaghi, namun kesetiaan terhadap Roma menyaksikan beliau berharap segalanya berakhir buat Lazio.

"Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Inzaghi, kami saling menghormati," kata Totti kepada Sky Italia.

"Dia adalah salah seorang jurulatih terhebat di Serie A, dia melakukan perkara yang hebat.

"Sebagai peminat Roma, saya berharap Lazio akan tumbang selepas ini."

Roma di tangga kelima ketika musim dihentikan, 17 ketinggalan kepada Lazio, dalam musim pertama di bawah kendalian Paulo Fonseca.

Totti, yang bersara pada 2017, yakin kelab berada di landasan terbaik di bawah kendalian pengendali kelahiran Portugal itu.

"Roma memiliki saat di atas dan di bawah; kami sudah biasa dengan masalah ini," katanya.

"Fonseca seorang jurulatih berkualiti, dia memahami bola sepak Itali dan Roma.

"Tahun hadapan kami berasakan mampu mencabar kejuaraan."