Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Tan Sri Tony Fernandes, tidak menolak untuk menerajui tampuk pimpinan penganjur, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), andai diberi peluang.

"Saya berminat, adakah itu jawapan secara terang-terangan?

"Saya suka bola sepak, Malaysia dan saya rasa mampu menyumbang.

"Kalau mereka berasakan seperti itu, saya sendiri.

"Cukup berterus-terang bukan? Saya akan memohon sidang akhbar (dijalankan) sekarang," katanya secara berseloroh dalam satu majlis di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.


FAM-PSM Teruskan Kerjasama Untuk Tempoh Lima Tahun Sehingga Disember 2025 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan...

Posted by Football Association of Malaysia on Tuesday, March 16, 2021


Ia menguatkan lagi dengan desas-desus peralihan pucuk pimpinan MFL selepas Datuk Hamidin Mohd Amin meluahkan hasrat untuk meninggalkan kerusi itu pada Jun depan.

Hamidin, bagaimanapun, menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada ahli lembaga MFL untuk membuat keputusan.

"Itu hak Ahli Lembaga MSL menentukannya. Mana-mana calon ada keupayaan termasuk Fernandes.

"Tidak elok saya keluar dan saya letakkan siapa pengganti (saya). Biarkan ahli lembaga pengarah tentukan dan mereka mungkin lebih tahu kriteria yang sesuai," kata Hamidin pula.

Dalam majlis itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan terus berkerjasama dengan PSM bagi tempoh lima tahun, iaitu sehingga 31 Disember 2025.

Ada beberapa penambahbaikkan yang telah pun dibincangkan, namun tindakan lanjut terserah sepenuhnya kepada pengerusi baru memandangkan kontrak Tony akan berakhir hujung bulan ini.

"Saya harap pengerusi yang baru dapat meneruskan Fernandes seperti membuat muzium Harimau Malaya dan beberapa perancangan telah dibuat contohnya dalam bilik persalinan malah keseluruhan stadium ini," tambah Hamidin.