Presiden Persatuan Bolasepak Itali (AIC), Damiano Tommasi, mencadangkan musim Serie A sudah pun berakhir.

Serie A digantung sehingga Jumaat ini disebabkan oleh penularan wabak koronavirus (Covid-19) tetapi penangguhan itu hampir pasti akan dilanjutkan.

Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora, memberitahu La Repubblica bahawa dia akan mendesak acara sukan, termasuk latihan, agar dibatalkan sepanjang bulan depan.



Tommasi bimbang ia mungkin bermakna saingan Serie A telah berakhir dengan perlawanan terakhir telah dilangsungkan pada 9 Mac lalu.

"Esok (hari ini), mereka mempunyai satu lagi elemen untuk dirunding berbanding minggu lalu," katanya kepada ANSA semalam.

"Selepas arahan daripada Spadafora, kegusaran terhadap kejohanan itu berakhir di sini.

"Oleh itu, kami harus bertanya kepada diri sendiri tentang masalah untuk mengakhiri musim ini daripada sudut pandangan sukan dan kontrak."

Juventus sedang memimpin Serie A dengan kelebihan satu mata dengan rata-rata pasukan telah beraksi sebanyak 26 perlawanan.