Tite mengetahui Lionel Messi tidak boleh dihalang, membuatkan jurulatih Brazil itu berusaha mengehadkan pengaruh bintang Argentina itu dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan, awal pagi nanti.

Aksi kelayakan di antara kedua-dua gergasi Amerika Selatan itu tertumpu kepada Messi dan kepulangannya ke pasukan kebangsaan selepas terlepas tiga perlawanan lalu akibat kecederaan pangkal paha.

Penyerang Argentina, Lucas Pratto, sebelum ini menegaskan kepada pihak media dengan mendakwa Brazil takut berdepan pemenang lima kali Ballon d'Or itu, yang lantas dinafikan pertahanan Brazil, Dani Alves, dan rakan sepasukannya.

Ditanya mengenai Messi untuk aksi awal pagi nanti dan rancangannya untuk mencuba dan mengekang tonggak Barcelona berusia 29 tahun itu, Tite -- tanpa pergi jauh -- berkata: "Lionel Messi tidak boleh dihalang, Neymar tidak boleh dihalang.

"Anda boleh mengurangkan gerakan mereka. Anda boleh cuba untuk mengurangkan bilangan percubaa, tetapi apa yang saya akan lakukan, adalah seperti soalan itu? Saya tidak akan beritahu."

Tite menambah: "Saya boleh memberitahu beberapa pemain secara individu bahawa mereka boleh membuat perbezaan dan membuat keputusan permainan.

"Saya tidak bersetuju bahawa pemain tunggal boleh mencari kemenangan. Pada satu ketika, dia boleh bersinar tetapi kerana kolektif akan menjadi kuat.

"Di padang akan ada [Philippe] Coutinho, [Gonzalo] Higuain, [Angel] Di Maria, Douglas Costa dan Gabriel Yesus. Maksud saya, terdapat ramai pemain dengan kualiti teknikal yang hebat dalam permainan individu, dalam masa mencipta peluang dan boleh membuat perbezaan.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami perlu meningkatkan kelebihan yang kami ada -- dan itu adalah cabaran saya sebagai seorang jurulatih -- bermain dengan cara kreatif, bermain individu di bahagian sepertiga terakhir di padang.

"Inilah cabaran kami, bagi saya dan bagi [jurulatih Argentina] Edgardo Bauza. Selain itu, kurangkan gerakan mereka -- kerana kita tidak boleh meneutralkan seorang pemain yang hebat. Bagaimana kami akan lakukan itu cerita lain."

Selepas mendahului kelompok di Amerika Selatan, Brazil menjadi tuan rumah dalam aksi menentang Argentina.

Skuad Tite memenangi empat perlawanan kelayakan berturut-turut untuk berada di atas dengan perbezaan satu mata dengan Uruguay (kedua), lima mata berbanding Argentina yang berada di tangga keenam, tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan lalu.

"Hakikat bahawa Argentina berada di luar zon klasifikasi bukan motivasi untuk kami, itu pemikiran kecil. Saya fikirkan kepada persembahan, yang kami perlu membuatkan perlawanan itu hebat dan kami boleh menang," katanya.

"Kami mahu menang kerana ia adalah baik, kerana ia adalah sebahagian daripada sukan, kerana ia akan menjadi satu perlawanan yang hebat, kerana kami mempunyai cita-cita, kami mahu menjadi lebih baik, kami mahu untuk melayakkan diri."