Tingkah laku Gareth Bale beri Real Madrid gambaran buruk, kata Berbatov  

Oleh Shaiful Shamsudin 16 Julai 2020 2889
Tingkah laku Gareth Bale beri Real Madrid gambaran buruk, kata Berbatov  
Dimitar Berbatov menyifatkan tingkah laku bintang Real Madrid, Gareth Bale, sebagai tidak profesional dan sopan di ibu negara Sepanyol itu. 

Bale mendapati dirinya dipinggirkan di Madrid dengan bintang itu hanya beraksi selama 100 minit LaLiga sejak saingan LaLiga kembali bulan lalu selepas tiga bulan tertangguh berikutan penularan COVID-19. 

Pemenang empat trofi Liga Juara-Juara (UCL) itu dirakam kamera dengan pelitup muka di matanya sebelum berpaling dan ketawa di samping rakan sepasukannya di bangku simpanan dalam kemenangan 2-0 Madrid ke atas Deportivo Alaves, minggu lalu.

Bale -- pemain simpanan -- kemudian memimik gerakan seperti sedang meneropong ketika Madrid 2-1 menang di Granada dan bekas rakan sepasukannya di Tottenham, Berbatov, mengkritik pemain Wales itu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

250 games for Real Madrid 💪🏼 Good to be back on the pitch yesterday ⚽️

A post shared by Gareth Bale (@garethbale11) on



"Gareth Bale menjadi berita utama lagi atas berpura-pura tidur di tempat duduk sedangkan dia mengetahui bahawa dia akan menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan ketika berdepan Granada," tulis Berbatov dalam kolumnya bersama Betfair.

"Ketika saya menontonnya, saya sukar untuk mempercayainya. Saya menyaksikan dia meletakkan topengnya di matanya dan berpura-pura seperti tertidur. Saya tidak menyokong perbuatannya itu. Ia tidak profesional dan tidak menghormati Real Madrid.

"Saya suka menonton Bale beraksi dan saya dapat berasakan keperitannya kerana tidak diturunkan kerana saya pernah berada dalam situasi yang sama. Tetapi reaksi seperti itu melampau. 

"Madrid perlu mencari jalan keluar untuk kisah Bale ini. Ia tidak bagus untuk Bale atau pasukan tersebut dan ia satu publisiti yang buruk. Saya berasakan kesengsaraannya, mungkin tiada siapa yang menawarkan jawapan mengapa dia tidak beraksi, maka dia mencetuskan provokasi melalui tindakan seperti itu, tetapi saya tidak mampu menyokong tindakannya. 

"Satu-satunya jalan keluar buat Bale ialah meninggalkan Real Madrid. 

"Sekiranya saya seorang peminat Real Madrid dan melihat pemain tidak menghormati pasukan seperti tindakannya itu, ia akan menjadi sesuatu yang melampau. 

"Dia harus mencari jalan penyelesaian walaupun sekadar sebagai pemain pinjaman. Ia adalah satu isyarat yang kuat jika dia berkata: 'Turunkan saya atau saya akan melakukan apa sahaja yang saya mahukan. Situasi ini tidak sesuai dengan saya'."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen