Tindakan pengadil tepat sekali -- Ramos

Oleh Ammar Hakim 25 Oktober 2020 2718
Tindakan pengadil tepat sekali -- Ramos
Sergio Ramos berasakan penalti yang telah diraih dan disempurnakannya menjadi inspirasi kemenangan Real Madrid dalam aksi Clasico mengatasi Barcelona adalah 'sungguh jelas'.

Ketika aksi semalam di Nou Camp terikat 1-1 selepas tamat separuh masa pertama menerusi jaringan Federico Valverde dan Ansu Fati, Ramos dijatuhkan dalam kotak penalti Barca.

Sepakan penalti telah diberikan dan Ramos berjaya melengkapkan jaringan sebelum Luka Modric memastikan tiga mata diraih pada minit ke-90.



Pemain-pemain Barca berang dengan keputusan penalti tersebut, tetapi Ramos menyatakan tiada keputusan kontroversi yang telah diambil.

"Penalti itu jelas sekali," katanya. "Bagi saya, ia merupakan tindakan yang sangat jelas. Pengadil dan VAR ada untuk membantu kami."

Kemenangan di Barca sentiasa memberikan kegembiraan buat Real, tetapi kejayaan ini sungguh manis selepas dua kekalahan berturut-turut di laman sendiri kepada Cadiz dan Shakhtar Donetsk.
 
Ramos sekadar beraksi selama 45 minit di antara kedua-dua perlawanan tersebut selepas mengalami masalah lutut dan gembira dengan kebangkitan juara LaLiga itu di Catalonia.

"Ia merupakan minggu di mana untuk mempertahankan kemampuan diri kami dan Clasico adalah perlawanan unik di dunia," katanya. "Kami menghadapinya dengan penuh semangat.

"Anda selalu harus bersatu dan anda tidak boleh menyesali kekalahan sebelum ini.

"Kami gembira dengan tiga mata ini, dan secara emosional sangat baik untuk perlawanan seterusnya. Ia sentiasa sangat menggembirakan selepas menang ke atas musuh tradisi."



 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen