Tiga pemain naturalisasi baru tambah sengat Hong Kong 

Oleh Penulis Jemputan 10 Oktober 2017 1796
Tiga pemain naturalisasi baru tambah sengat Hong Kong 
Pengendali Hong Kong, Kim Pan Gon, menyifatkan kemasukan tiga pemian naturalisasi baru menambah keampuhan pasukannya menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2019 dengan Malaysia di laman sendiri, malam ini. 

Jurulatih itu yakin kehadiran tiga pemain kelahiran Sepanyol itu turut memberi nafas baru buat pasukannya dalam usaha merakam kemenangan ke atas Malaysia. 

Tiga pemain baru itu, yang terdiri daripada Daniel Rodqiguez, Fernando Recio Comi dan Jorge Paramo, turut merupakan pemain berpengalaman dalam saingan Liga Perdana Hong Kong. 

"Muka baru menjadikan pasukan ini lebih kompetitif, menarik dan bermotivasi. 

"Saya belum memutuskan siapa yang akan diturunkan nanti," ujarnya. 

Penjaga gol dan ketua pasukan Hong Kong, Yap Hung Fai, turut yakin sama ada pemain baru atau lama yang diturunkan, mereka mampu melaksanakan tugas dengan baik. 

"Sama ada pemain baru atau lama, mereka mampu melaksanakan peranan yang diberikan. 

"Perlawanan ini amat penting dan saya percaya pemain-pemain akan menjalankan tugas mereka," katanya. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen