Marcus Rashford menyifatkan tidak bermain untuk Manchester United di bawah pimpinan Alex Ferguson merupakan satu-satunya kekecewaan dalam bola sepak.

Rashford membuat penampilan sulung bersama United sebagai pemain berusia 18 tahun pada 2016, tiga tahun selepas Ferguson bersara sebagai pengurus di Old Trafford.

Pemain kebangsaan England itu bersama akademi United sejak berusia tujuh tahun, ketika Ferguson mengecap kejayaan bersama skuad senior, namun tidak berpeluang untuk berkerjasama bersama pengendali kelahiran Scotland itu.

Rashford membincangkan tentang Ferguson selepas menerima anugerah Penghormatan Persatuan Penulis Bola Sepak hasil kempennya untuk mengakhiri kemiskinan kanak-kanak di United Kingdom.

Ferguson telah menyokong penyerang United dan bercakap dengannya secara peribadi, dan Rashford memberitahu kepada FWA: "Bagi saya, itu adalah pengalaman yang sukar dipercayai.

"Bagi saya, itu mungkin satu-satunya penyesalan yang pernah saya lalui dalam karier saya: tidak pernah berpeluang bermain di bawah Sir Alex. Ini sesuatu yang tidak akan berlaku sekarang.

"Bercakap dengan dia dan berbual selama 10, 15 minit sangat mengagumkan."


Rashford berkesempatan untuk bermain bersama pencetak gol terbanyak United, Wayne Rooney, namun, dan memuji bekas kapten England itu.

"Saya dan Wayne adalah pemain yang berbeza, kami bermain jauh berbeza di atas padang," kata Rashford.

"Tetapi dari segi cara dia menunjukkan keserbagunaannya di lapangan, dialah yang saya anggap sebagai salah seorang pemain terbaik yang pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Anda boleh meletakkannya di mana saja di padang dan dia mengetahui apa yang perlu dilakukan."